Ketika Hujan Turun.

Hari ini hujan turun dengan lebatnya.Dah lama dah hujan tidak turun.Gembira apabila hujan turun.Hujan yang turun memberi nikmat kepada seluruh pelosok bumi.Walaupun ada sesetengah pihak yang risau dan takut  apabila hujan turun, namun hujan tetap rahmat daripada Allah.Maka kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur.Syukur akan nikmat yang telah Allah bagi.Takut2 suatu hari nanti Allah akan tarik nikmat hujan.Maka kering kontanglah tanah kita nanti. Oleh itu bersyukurlah apabila hujan turun.  

(p/s Berapa banyak perkataan hujan dan turun yang telah aku ulang?? ahaks)

Aku suka waktu hujan.Sebab ia tak panas.Ia sejuk.Boleh dok bawah selimut sambil tengok cerita sambil makan jajan.Tak kira lah tengok cerita apa pun.Rasa seronok.Macam kucing kat bawah ni..

(Comel kucing kat atas ni kan.Tapi aku bukan nak promote kucing ni.Dan kucing ni pun tak tau nak tengok cerita sambil makan jajan.)

Tapi bila ada petir dan kilat sungguh menakutkan.Sebab takut aku kena panah petir pulak kan.Manelah tau ade setan kat keliling aku.Kan petir tu nak panah setan2 tu semua.(kan?) Selalunya  kalau aku dengar kilat atau petir aku akan baca ‘Lahaulawalaquwwatailabillahila’liula’zim’. Alamak tak sure la ejaan.Tau2 je la eah. Aku selalu terfikir macam mana kilat dan petir boleh terjadi dari segi saintifik.(Ye aku tau ia sunnatullah.Belajar waktu form 2 an?) Tapi memandangkan aku seorang yang malas untuk mencari jawapan, maka ia hanya tinggal persoalan sahaja walaupun En. Google maupun En. Yahoo sudi membantu aku.Ahahaha.

Oleh kerana aku ni jahil sikit aku tak tau nak bace ape selain ayat  yang aku tulis kat atas tuh.Oleh itu aku google lah ayat apa yang patut  kita baca ketika hujan turun dan ketika melihat petir/kilat dan juga amalan2 yang boleh dilakukan ketika hujan. 

Link Doa 

Link Amalan Ketika Hujan Turun

Kesimpulannya , marilah kita bersama-sama beramal.Semoga Allah melindungi kita dan selalu  berada dilembayung rahmatnya.Aku memang malas sebab tu aku letak link je.hehe                                                                                                        

Leave a comment